duhai pengembara malam
kau tegar merentasi butanya malam
tanpa suluhan pelita
untuk mencari taubat diri
duhai pengembara malam
kau lemparkan indahnya lena
untuk meratapi dosa semalam
dan menangisi dosanya esok
duhai pengembara malam
dosa itu sentiasa mengalir dalam darah kau
kerana kau dan aku
kita dan kami
adalah manusia
duhai pengembara malam
kau begitu keras hati
untuk tetap mencari keampunanNya di setiap malam yang kau jelajahi
sungguhpun kau ketahui dosa akan tetap kau lakukan
sama banyak dengan keampunan yang kau pinta
duhai pengembara malam
aku kagum dengan diri kau
aku malu dengan kau
kerana kau begitu hebat
sedangkan kau itu adalah ciptaan maya dari benakku
yang sepatutnya adalah aku
tetapi dimanakah aku sekarang..